Blog ini bukanlah bahan ilmiah atau fakta yang boleh dijadikan sumber rujukan yang baik, namun adalah kisah dan pendapat dari mata penulis yang tidak matang serta luahan hati insan biasa... Penulis bukan seorang yang dapat mengulas sesuatu dengan terperinci dan bersikap adil kepada semua keadaan dan semua individu.Penggunaan bahasa yang tidak bertatabahasa adalah amat dikesali.
Di kala aku sedang marah sejukkanlah aku dengan kata-kata manis, Dikala aku sedang sedih gembirakanlah aku dengan kata-kata semangat, Sesungguhnya aku hanya insan yang biasa, Seperti lalang yang ditiup angin kerana Tidak mampu berdiri sendiri….
Maaf kerana sudah lama tidak UPDATE BLOG kerana minat MS untuk menulis di blog sejujurnya sudah berkurang. TAPI diharapkan selepas posting nie MS akan ada semangat untuk menulis di blog ~: Karangan Sang Pemimpi:~. MS menamakan blog ms sebgai karangan sang pemimpi kerana manusia tidak lari dari mimpi namun kekal realistik pada realiti . Pada hal semua insan selalu mengharapkan mimpi sentiasa menjadi kenyataan. Macam dalam filem "ADNAN SEMPIT" selalu mengharap dan kesusahan hidup bukan halangan untuk memilki apa yg diinginkan. Filem "ADNAN SEMPIT" memang cerita 'mat rempit' yg ke hulu ke hilir bawa motor merempit(weyh mat rempit pun manusia …ada hati dan perasaan). Pernah ke kita bangun pagi dan minta sesuatu yang buruk berlaku pada diri kita ?
"Tuhan tidak pernah menguji di luar kemampuan batas ciptaan-Nya kerana tuhan lebih tahu akan ciptaan-nya kerana Dia Sang Pencipta"
Ya, kita mengeluh bila dugaan dan cabaran datang… MS juga begitu dan "I m always think world is create for life and this how life goes on". Memang mudah menulis dan bercakap tapi bila bersoal jawab tentang hidup semua insan ada cerita yang berbeza dan beragam lentok jalan ceritanya. MS juga punya cerita kalau nak bercerita 3 hari 2 malam tak habis MS menulis dan yang pasti anda juga punya cerita. Cuma 1 perkara yang MS ingin kongsikan "segala pengalaman dalam hidup sentiasa lah jadikan pengajaran dan cuba untuk tidak melakukannya lagi" dan 1 kesilapan MS yang akan sentiasa MS ulangi adalah sentiasa memaafkan orang. Jika jalan cerita dalam hidup MS sebaik yang MS inginkan mungkin jalan cerita ini boleh berubah.
Life is not monotone like "simply breathe simply exhale" as you think. There is always a limit for us to retain something. The thing that people didn't know why we do this? Why he should do that? Why he wants to do that? We keep judging either didn't ask for that. Here my judgement:
*Masa berlalu, dan MS melihat mahasiswa/i Malaysia juga turut berubah.Mula berani melaungkan suara atau mula gah di jalan raya atau lebih berani sanggup mengabaikan pelajaran demi persatuan yang belum ada titik tolaknya untuk masa depan mereka.
*MS memuji sikap mahasiswa/I yang mula prihatin terhadap masa depan Negara TAPI jangan sampai lupa amanat dan tanggungjawab yg dipikul. BOLEH MENYUARAKAN SUARA walaupun ada yg beranggapan bahawa demokrasi sudah tidak relevan lagi tapi bila keputusan mulai teruk dan nilai jatuh merudum mula menyalahkan beberapa pihak.
*Ini tak betul la… itu tak betul la…abis tu sapa yg betul dan sapa yang salah??? Kalau tak datang kelas,masa ujian disoal lecturer yg dalam konteks mahukan kesempurnaan atau sistem pendidikan yang tidak mantap dan sbgnya dijadikan alasan mungkin semuanya salah. KALAU DSINI KO JE YANG BETUL…. Segala kemahuan kita adalah HALAL asalkan kita yang BETUL…kalau pilihan anda selalu baik silakan untuk memilih yang terbaik tetapi bila pihanan terbaik tidak tercapai SYUKURLAH dengan pilihan yang ada . "STOP COMPLAINING"
*Jika ijazah pown blm dlm genggaman dan masa depan belum lagi terjamin sila kekalkan diri anda sebagai MAHASISWA/I. Parents siang mlm kerah tenaga nak cari duit nk bg mengaji dan makan jadi fikirkan mereka bukan orang lain. "So don't cross the limit".
*Bagi MS, anda manusia yang boleh berfikir dan mampu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk untuk dibenci,dicaci maki,dihina sampai mati, dihentam sampai ke lubang cacing dan dihukum mati mandatori kerana andalah HAKIM.
*MS bukan pemegang biasiswa atau pinjaman kerajaan dan MS sama sekali bukan anak Dato', Tan Sri atau AOK ( Anak Orang Kaya) TAPI apa yg MS tahu pelajaran memang WAJIB diutamakan walaupun MS x de la PINTAR sampai dapat 10 A1 SPM ATAU 3.9 CGPE di matriks dsbgnya TAPI MS berusaha untuk ke MENARA GADING dan sampai saat ini hanya mahu menggenggam segulung IJAZAH.Thank you to my parents because always support MS dan MS sangat menghargai apa yg sedang berlaku sekarang.
"PELAJARAN lebih penting dari POLITIK JALANAN dan GOSIP MURAHAN" jika ingin orang menghargai anda jangan mengecewakan orang lain dan apabila anda disalahkan munasabah diri kerana anda bukan selalu BETUL. Boleh menyuarakan apa yang anda inginkan dan tapi sila bersikap adil dan saksama seperti mana anda mahu diri anda dihakimi dengan sebaik-baiknya… kalau anda faham dengan jelas apa yang saya tulis di blog ini MINTA TOLONG x perlu nak make a statement berlawanan di BLOG,FB ATAU LAIN-LAINNYA sebab u will ruined my trustworthy and don't keep it up because I'll be a dissembler to u. Seperti mana lirik lagu NO BOUNDARIES BY KRISS ALLEN sila renungkan dan hayatinya.Check it up ok.
FAKTA atau SEJARAH bukan lah suatu perkara yg boleh kita putar belitkan. Sebab itu bagi sesetengah orang menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa berfikir banyak faktor. Sejenak ms berfikir mungkin untuk mencari sesuatu perlukan teman supaya tenaga kerja yg dihasilkan lebih baik untuk menemui sesuatu.Kewajaran disini adakah usaha untuk mencari sesuatu cukup tanpa berusaha hanya memainkan emosi dan fikiran semata-mata tanpa gerakan dan perbuatan yg mengikutinya.
"Ibarat mencari PERMATA di dalam gua jika tidak digali tidak mungkin akan jumpa. Jika digali dan sang penggali mengerjakannya seorang diri akan mengambil masa yang lama. Menggali beramai-ramai adalah lebih baik tapi hasilnya mesti dibagi sama rata. Maka ajak beberapa orang untuk menggali tapi yang menggali tak semua ada cangkul ada yang bawa kain. Jadi yang bawa cangkul terus menggali dan yang bawa kain membawa tanah atau PERMATA keluar dari gua jika dijumpai Apabila sudah berjumpa PERMATA semakin banyak digali agar makin banyak PERMATA diperolehi .TAPI jika semakin dalam digali semakin mengundang bahaya nyawa penggali takut berlaku tanah runtuh nanti. Maka minta lah nasihat pd PAKAR GEOLOGIS jangan terus hanyut dengan ketamakan mencari PERMATA."
Ayat di atas perlukan rasionalisme dan pemikiran logik supaya dapat dianalisis dengan baik kerana setiap ayat mempunyai maksud yang tersendiri. Jika difikir secara negative maka negative jadinya jika difikir secara positif maka positif jadinya. MS tidak berniat menghalang atau membantutkan sesuatu tapi ada kewajaran MS memberi cadangan dan perlu dtimbangkan oleh pihak tertentu kerana bagi MS ia tetap akan berjalan tapi jalan kerjanya harus berubah.
tidak salah menjawab,melihat,mendengar, mentafsir dan melakukan kerana perlu anda melakukan sesuatu jika tidak samalah anda seperti tidak tahu akan mimpi atau realiti
I m not create my world but it's my journey to survived. 3 weeks to go in psychiatry blok and it means 3 weeks more ready 4 fighting. Minggu lepas pada 21 jan 2010 MS melawat Mental Hospital dan banyak kerenah manusia MS dapat lihat dan bagi menghargai mereka MS tidak menangkap gambar untuk dimuatkan ke dalam blog. Jelas menghormati kerana mereka juga insan ciptaan tuhan. Sekadar pengalaman berkongsi bersama ini nasihat MS :
Jika ada masalah jangan dipendam
Luahkan pada mereka yang anda percaya
Cari tempat yang aman untuk menenangkan fikiran
Cuba untuk jangan menyendiri
Berkomunikasi lah kerana sedikit sebanyak komunikasi mampu membantu
Selesaikan masalah bukan lari dari masalah
Setiap hari pasti ada masalah bukan kita yang mencari tapi untuk diuji rileks k
Disana hujan disini panas terasa hanya ingin mahu mendung sahaja tapi tanpa hujan bgmn untuk tumbuh tanpa panas bgmn untuk mencari makanan.