Aidiladha dan Skripsi

Selamat menyambut Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat MS ucapkan dan ini merupakan kali ke-3 MS tidak bali beraya utk raya HAJI… sangat merindui ketupat, rending,kuih bahulu dan kuih karas bila waktu raya macam nie. Tapi MS lebih merindui family MS yang dipisahkan oleh laut selat Melaka. Sangat merindui @ AQ kangen sama keluargaku L. Namun, demi satu kertas yg bertulis ijazah ditahankan dulu rasa rindu dan mudah-mudahan bulan 11 atau bulan 12 nie blh balik MALAYSIA. Perjalanan rindu ku berhenti sekejap bila memikirkan skripsi yang hamper 50% siap dan hanya tunggu untuk ambil medical record.

MS merasa saat ini sangat beruntung dibandingkan orang lain… cukup makan minum, pakaian ada dan kalau difikirkan apa yg MS nak …MS akan dapat tak kira cepat atau lambat dan sangat bersyukur. MS baru sedar kenapa parents MS tak akan ikut segala permintaan MS kerana parents MS takut MS akan jadi anak manja tidak mahu berusaha untuk mendapatkan sesuatu . Teringat maza zaman budak-budak dulu nak sangat ada lampu Aladdin sebab kalau gosok lampu Aladdin nanti keluar la jinnie dengan 3 permintaan ( terpengaruh cerita kartun Aladdin).

# # 3 PERMINTAAN MS ##

  1. Segala yang MS inginkan akan ditunaikan
  2. Ms nak jadi superhero dengan kekuatan luar biasa
  3. Menjadi manusia super genius

****ini masa zaman kanak-kanak oke!!! Orang kata akal x cerdik lagi :p ****

AKHIRNYA, 3 permintaan itu dikabulkan dan bukan dengan lampu Aladdin tapi dengan RAHMAT Yang Maha Kuasa. "Segala yang MS inginkan akan ditunaikan" dengan usaha dan semangat yang tegar SYUKUR MS dapat apa yg MS inginkan dengan izin-Nya. "Ms nak jadi superhero dengan kekuatan luar biasa" sesungguhnya MS memang luar biasa kerana punya anggota tubuh badan yang lengkap tanpa cacat celanya. "Menjadi manusia super genius" jika diasah pasti pandai tapi bagi MS bijak membezakan yg baik dan buruk itu saja sudah super duper genius. Tidak ada jalan mudah untuk hidup di dunia ini tanpa usaha dan ini sangat menyedarkan diri MS.

"Aku kan selalu ada untuk mu"


 


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Aidiladha dan Skripsi"

  1. MS says:
    November 19, 2010 at 4:07 PM

    915

Post a Comment