Dialogue or Monologue
FAKTA atau SEJARAH bukan lah suatu perkara yg boleh kita putar belitkan. Sebab itu bagi sesetengah orang menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa berfikir banyak faktor. Sejenak ms berfikir mungkin untuk mencari sesuatu perlukan teman supaya tenaga kerja yg dihasilkan lebih baik untuk menemui sesuatu.Kewajaran disini adakah usaha untuk mencari sesuatu cukup tanpa berusaha hanya memainkan emosi dan fikiran semata-mata tanpa gerakan dan perbuatan yg mengikutinya. "Ibarat mencari PERMATA di dalam gua jika tidak digali tidak mungkin akan jumpa. Jika digali dan sang penggali mengerjakannya seorang diri akan mengambil masa yang lama. Menggali beramai-ramai adalah lebih baik tapi hasilnya mesti dibagi sama rata. Maka ajak beberapa orang untuk menggali tapi yang menggali tak semua ada cangkul ada yang bawa kain. Jadi yang bawa cangkul terus menggali dan yang bawa kain membawa tanah atau PERMATA keluar dari gua jika dijumpai Apabila sudah berjumpa PERMATA semakin banyak digali agar makin banyak PERMATA diperolehi .TAPI jika semakin dalam digali semakin mengundang bahaya nyawa penggali takut berlaku tanah runtuh nanti. Maka minta lah nasihat pd PAKAR GEOLOGIS jangan terus hanyut dengan ketamakan mencari PERMATA." Ayat di atas perlukan rasionalisme dan pemikiran logik supaya dapat dianalisis dengan baik kerana setiap ayat mempunyai maksud yang tersendiri. Jika difikir secara negative maka negative jadinya jika difikir secara positif maka positif jadinya. MS tidak berniat menghalang atau membantutkan sesuatu tapi ada kewajaran MS memberi cadangan dan perlu dtimbangkan oleh pihak tertentu kerana bagi MS ia tetap akan berjalan tapi jalan kerjanya harus berubah.
0 Response to "Dialogue or Monologue"
Post a Comment