EPILOG CUTI 1

12 hari bermula, minit dan jam silih berganti walau ada kala MS terasa sangat cepat berlalu. Suatu perkara yg MS lihat di Malaysia merasa seperti berada di eropah, timur tengah atau sebenarnya secara realitas berada di asia. Berputar belit rasanya ayat tadi apa yg MS nak terangkan terlalu banjir Negara kita dengan orang asing. Silalah berjalan di JALAN TAR ramai sungguh orang asing yang berniaga di tempat kita. Paling terkejut bila berada di plaza low yat , tukang repair laptop semua bukan orang Malaysia yang paling best cakap bahasa Malaysia sepatah haram pun tak faham . Bila kita cakap bahasa inggris pun… nak balas terfikir-fikir akhirnya guna bahasa isyarat.

Setiap tahun ramai mahasiswa grad dari insititut pengajian tinggi dan kemanakah mereka dan setiap tahun ada sahaja masalah pengangguran di Malaysia. Apakah sudah tidak ada peluang pekerjaan di Negara kita ??? Setiap hari ada je iklan menawarkan pekerjaan di newspaper. Al- kisah bermula, seorang teman saya yang baru mendapat diploma ingin bekerja dgn gaji 2 ribu ringgit. Katanya "mana cukup beb aq nk survive kt KL klu gaji 900" dan ada pula kawan saya hanya lulusan SIJIL kerja di syarikat swasta gaji cuma rm 900 berkata " gaji basic aq kechik je tp kalau tmbh elaun+OT semua dapat gak la seribu lebih".

MS nak story pasal kawan MS x mo cerita pasal teman MS. Dibesarkan dalam keadaan kurang sederhana , family yg terpisah dan kehidupan yg tak serba indah punya impian tak setinggi mencapai langit tapi cukup menggapai bangunan 12 tingkat yg ada lift. Belajar memang tak sehebat mana dan teringin menjejak kaki di UM dan akhirnya tercapai dengan berjalan kaki di UM dan siap makan sambil tapau bawa balik makanan berkata "cukup jejak kaki je aq dah senang mana tahu satu hari nanti aq boleh belajar kat sini". Reaksi MS : ketawa dengan senang hati lalu tersenyum .

"aku cuma lulusan spm je dulu la nie aq dah ada sijil, ada kete Honda lama, 2 biji moto 1 lc 1 honda 100c… tu je la harta aq, ada duit sikit aq nak amik PJJ buat diploma lak" kata kawan MS. Jalan kehidupan manusia memang berbeza dan adakalanya corak je hampir sama dan bila corak itu sama kita bercerita tentang liku dan selekoh tajamnya untuk merasa sedikit dihargai tentang susah payah menghadapinya. Adakala tak semua pilihan kita dapat walau kita terlalu inginkan dan hargailah pilihan yang ada. Sentiasa mengambil peluang diatas kesempatan yang datang dari melepaskan dan akhirnya kita melopong berdiam diri sahaja.

You may say that I'm a dreamer. But I'm not the only one

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "EPILOG CUTI 1"

Post a Comment