Si Penyandang AUTISME

"Please put this on your status if you know someone (or are related to someone) who has AUTISM .My wish for 2010 is that people will understand autism is not a disease; people with autism are not looking for a cure but for ACCEPTANCE...... 93% wont Copy and Paste this, will YOU make this your status for at least one hour"


Apa itu AUTISM? AUTISM atau dlm Bahasa Malaysia AUTISME adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak dimana sukar untuk melakukan interaksi hubungan sosial dan komunikasi, emosi yang tidak konsisten dan agak susah untuk concentrate. Autisme boleh terjadi pada kanak-kanak disebabkan kerosakan sel-sel otak, faktor genetik atau terjadinya komplikasi ketika melahirkan bayi. Sekali lihat kanak-kanak autism dilabel sebagai kanak-kanak nakal atau degil malah susah untuk diajak bercakap. Saya pernah mengajar seorang anak AUTISME dan memang payah untuk mengajarnya TAPI dengan sekali melihat di white board dia boleh mengingat dan beritahu pada saya apa yang dia FAHAM .

Untuk membuatkan penyandang autisme ini FAHAM harus bermain dengan cara pola pemikirannya. Contoh jika dia sedang bermain KERETA MAINAN tanyakan berapa banyak KERETA MAINAN yang dia ada? Kemudian tanyakan soalan-soalan mudah sehingga penyandang menikmati perbualan dan tanyakan jika ayah membeli 2 KERETA MAINAN lagi berapa banyak KERETA MAINAN yang dia ada?. Maka secara manipulatif penyandang akan menjawab. Perlu TEKNIK dan CARA yang betul untuk menangani masalah kanak-kanak AUTISME dan yang paling penting bagi ibubapa yang mempunyai anak AUTISME banyakkan bersabar kerana kanak-kanak AUTISME mampu mendewasakan diri dengan baik jika mendapat bimbingan dan terapi yang betul.

JANGAN TERKEJUT dikatakan bahawa Albert Einstein, Isaac NewtonGeorge Orwell, Beethoven dan Mozart juga mengalami AUTISME. Kagum melihat bagaimana mereka yang menyandang AUTISME mampu mencipta teori sains dan arts !!! malah hingga sekarang kita menggunakan teori SI PENYANDANG dalam kehidupan seharian. Jadi jangan memandang rendah pada orang AUTISME kerana percayalah bahawa tuhan sangat mencintai setiap ciptaan-Nya MAKA setiap ciptaan-Nya pasti diberikan KELEBIHAN yang tertentu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Si Penyandang AUTISME"

Post a Comment